SEPI SEKEPING HATI
Air mata bagaikan sahabat
Tiada sipa yang mampu mengerti
Ingin sahaja aku lari sehingga ke hujung dunia
Namun apakan dayaku
Kerana aku hanya seorang perempuan ...
Perginya bagaikan sebuah mimpi ngeri untukku
Biarpun pedih menanggung rindu
Aku harus bangkit melawan kedukaan
Kalah bukan matlamatku
Biarkanlah mendung itu berlalu ...
Kini tinggallah cintaku yang duka
Tiada lagi kata manis berbisik di telingaku
Semuanya telah pergi bersama sepiku
Terbuka di dalam kalbu
Inilah bingkisan sepi seorang perempuan ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment